Friday, May 22, 2015

TAKAFUL: Polisi Pendidikan Anak

,

Apakah polisi pendidikan anak?

Polisi pendidikan anak ialah produk insurans hayat yang direka khas sebagai satu instrumen simpanan untuk menyediakan sejumlah wang apabila anak anda sampai pada peringkat pengajian tinggi iaitu universiti atau kolej (18 tahun ke atas). Dana ini dapat digunakan untuk memenuhi kos pengajian anak anda yang kian meningkat. Tambahan pula jika anda mengambil rider ‘parent contributor’, bayaran premium/bulanan akan menjadi percuma jika berlaku kematian, lumpuh kekal keseluruhan dan sakit kritikal terhadap ibu bapa. Ini dapat memastikan anak anda boleh meneruskan pengajian walaupun anda ditimpa musibah.


Kenapa anda perlu merancang awal untuk pendidikan anak?

Kos untuk pengajian tinggi semakin meningkat disebabkan kadar inflasi dan beberapa faktor ekonomi lain. Peningkatan kos pendidikan ini boleh menyumbang kepada masalah kewangan kepada ibu bapa apabila anak ingin menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi. Jadi adalah penting bagi ibu bapa untuk merancang awal supaya tidak terbeban di kemudian hari. Semakin awal anda mengambil polisi pendidikan semakin banyak wang yang boleh terkumpul untuk membiayai pendidikan anak di masa akan datang.

Terdapat fleksibiliti dalam jumlah wang yang dicarum setiap bulan mengikut pelan yang dipilih iaitu pelan simpanan atau pelaburan. Sebagai contoh, anda boleh memilih untuk simpanan yang rendah dan meningkatkan amaun simpanan apabila gaji meningkat. Adalah penting untuk anda mengambil polisi yang menyediakan fleksibiliti untuk menambah simpanan di masa hadapan.


Berapa banyak perlindungan yang anda perlukan?

Langkah pertama dalam menentukan jumlah perlindungan adalah mengenalpasti matlamat. Apakah matlamat anda untuk pendidikan anak-anak? Berikut merupakan beberapa faktor yang perlu diambilkira dalam menentukan jumlah perlindungan:

·      Tempat Belajar – Luar negara atau dalam negara? Jika luar negara apakah pilihan negara dan kos sara hidup di sana?

·      Tahap Pendidikan – Diploma atau Ijazah?

·      Pilihan Universiti atau Kolej – Kebanyakan universiti atau kolej ternama memerlukan kos yang lebih tinggi

·      Bidang Pengajian – Kursus perubatan selalunya memerlukan kos yang lebih tinggi.

·      Jangka Masa Pengajian

Daripada faktor di atas kita boleh menganggar kos yang diperlukan. Sebagai panduan, anda boleh menambahkan yuran tahunan dan kos sara hidup dan didarabkan dengan tahun pengajian. Ini boleh memberikan petunjuk berapa kos yang diperlukan pada hari ini. Disebabkan kos pendidikan semakin meningkat anda juga perlu mengambil kira faktor inflasi. Selepas ditambah dengan kos faktor inflasi anda akan mendapati jumlah kos pendidikan di luar kemampuan anda. Walau bagaimanapun dengan meletakkan duit anda pada pelan simpanan atau pelaburan, pulangan dari pelaburan tersebut akan meningkat setiap tahun dan sedikit sebanyak dapat menampung kos pendidikan anak anda di masa hadapan.


Jenis polisi pendidikan

Terdapat dua jenis iaitu endowmen dan polisi berasaskan pelaburan (Investment Link). Perbezaannya dari segi struktur dan pelaburan.

1. Polisi Endowmen
Pelan ini lebih kepada simpanan. Premium / bayaran bulanan bagi polisi endowmen adalah tinggi dan perlindungan adalah rendah. Sebagai contoh, jika anda mengambil polisi endowmen dengan jumlah pampasan sebanyak RM30,000 selama 20 tahun. Cukup tempoh matang anda akan dapat RM30,000. Jika berlaku kematian atau lumpuh kekal keseluruhan sebelum tempoh matang  tetap akan dapat RM30,000. Kalau surrender atau berhenti sebelum tempoh matang akan dapat nilai tunai yang sedikit dan selalunya lebih sedikit dari jumlah caruman.

2.Polisi berasaskan pelaburan (Investment Link)
Pelan ini adalah gabungan simpanan dan perlindungan. Premium / Bayaran bulanan bergantung kepada anda. Jika anda mahukan perlindungan yang tinggi, simpanan akan menjadi rendah. Jika mahukan simpanan yang tinggi perlindungan akan menjadi rendah. Jika mahukan perlindungan dan simpanan yang tinggi anda perlu menambah premium bulanan. Polisi berasaskan pelaburan adalah fleksibel kerana anda boleh menambah atau mengurangkan jumlah simpanan pada bila-bila masa.


Polisi yang mana perlu dibeli?

Polisi yang harus dibeli bergantung kepada objektif dan pengurusan risiko anda. Tugas ejen insurans adalah mengenal pasti kehendak dan keperluan klien dan menentukan jenis polisi yang sesuai mengikut bajet anda.


Tips untuk membeli polisi pendidikan anak:

·      Pastikan anda mengambil rider parent contributor
Rider parent contributor akan memberikan bayaran bulanan percuma setiap bulan sehingga tempoh matang apabila pembayar (ibu bapa) mengalami sakit kritikal, lumpuh kekal keseluruhan atau meninggal dunia. Dengan mengambil rider ini tabung simpanan pendidikan untuk anak anda akan terjamin walaupun anda ditimpa musibah.

·      Pastikan premium/bayaran bulanan yang anda mampu
Menyimpan melalui takaful dapat mendisiplinkan anda untuk menyimpan setiap bulan sehingga bertahun-tahun. Ianya adalah proses jangka masa panjang. Jadi anda perlu menentukan berapa premium yang anda mampu mengikut pendapatan dan perbelanjaan anda. Jika anda bermula dengan premium yang tinggi anda mungkin akan surrender di pertengahan jalan dan menyebabkan kerugian yang besar. Jadi mulakan dengan bajet seminimum mungkin.

·      Awasi dana anda
Selepas anda telah membeli polisi anda perlulah memantau dana anda bagi memastikan anda dapat mencapai objektif. Pulangan sebenar dana adalah berbeza dari ilustrasi produk. Kemungkinan banyak atau kurang dari yang dinyatakan di dalam polisi. Dana ini berubah mengikut pasaran kewangan.

·      Jangan tambah perlindungan yang tidak diperlukan
Kebanyakan polisi pendidikan menawarkan perlindungan seperti kad perubatan, perlindungan sakit kritikal dan perlindungan kemalangan. Ianya terpulang kepada bajet anda. Jika objektif anda hanyalah untuk simpanan pendidikan jadi anda tidak perlu untuk mengambil perlindungan yang lain. Tambahan perlindungan lain akan meningkatkan premium bulanan anda.



Read more →

Thursday, May 21, 2015

INSURANS: Kepentingan Membuat Penamaan

,

INSURANS hayat bertujuan untuk memastikan orang yang disayangi dilindungi dari segi kewangan jika terjadi sesuatu terhadap diri anda. Sekiranya anda tidak membuat penamaan dalam polisi insurans anda, maka syarikat insurans berhak untuk tidak melepaskan wang polisi sehinggalah orang yang disayangi itu mendapat Perintah Probet atau Surat Kuasa Mentadbir atau Perintah Pembahagian. Ini mungkin mengambil masa sehingga beberapa tahun. Walaubagaimanapun, sekiranya ada penamaan, wang polisi boleh diagihkan dengan lebih cepat.

Bagi pemegang polisi yang bukan beragama Islam, suatu amanah akan diwujudkan untuk penama yang berkeadaan seperti berikut:­
  • Jika penama adalah suami atau isteri atau anak pemegang polisi, atau

  • Jika penama adalah ibu bapa pemegang polisi (dengan syarat tidak ada suami / isteri / anak yang masih hidup pada masa penamaan dibuat).


Polisi berkenaan dikenali sebagai polisi amanah. Sebagai polisi amanah, wang polisi tidak menjadi sebahagian daripada harta pusaka pemegang polisi yang meninggal dunia. Oleh itu, ia tidak tertakluk kepada hutang­-piutang si mati.

Polisi amanah tidak diguna pakai bagi kes pemegang polisi yang beragama Islam. Penama bagi pemegang polisi yang beragama Islam menerima wang polisi hanya sebagai wasi dan ia mestilah mengagihkan wang itu mengikut undang-­undang Islam.


Bilakah anda perlu membuat penamaan?

Sekiranya anda berumur 18 tahun ke atas, maka anda boleh menamakan seorang individu atau beberapa individu untuk menerima wang polisi apabila anda meninggal
dunia. Penamaan biasanya dilakukan semasa membuat permohonan polisi insurans hayat atau pada bila­-bila masa dirasakan perlu.


Bagaimanakah cara membuat penamaan?
  •  Isikan borang penamaan yang disediakan oleh syarikat insurans, yang biasanya memerlukan butir­-butir penama, seperti nama, tarikh lahir, nombor kad pengenalan atau sijil kelahiran dan alamat.
  • Pastikan borang penamaan ditandatangani oleh seorang saksi yang berumur 18 tahun dan ke atas, sempurna akal dan juga bukan penama anda.
  • Pastikan syarikat insurans anda mengesahkan penamaan, sama ada di dalam dokumen polisi atau borang penamaan.
  • Anda boleh menamakan lebih daripada seorang penama, dan nyatakan kadar bahagian hak bagi setiap penama.
  • Jika anda tidak menetapkan kadar bahagian yang perlu dibayar kepada setiap penama, wang polisi akan diagihkan sama rata antara kalangan penama.


Siapakah yang boleh anda lantik sebagai penama?

Anda bebas untuk menamakan sesiapa yang anda kehendaki. Walau bagaimanapun, tidak semua penama akan menerima wang polisi secara benefisial atau untuk kegunaan mereka sendiri.

Dalam kes bagi pemegang polisi bukan seorang Islam, tertakluk kepada pertalian antara pemegang polisi dengan penama, seseorang penama boleh menerima bahagian wang polisinya, sama ada secara benefisial atau sebagai pemegang amanah atau wasi.


Peranan pemegang amanah

Pemegang amanah boleh juga dilantik untuk menerima wang polisi bagi polisi amanah. Apabila pemegang polisi meninggal dunia, tugas pemegang amanah ialah menerima wang polisi dan mengagihkan dengan sewajarnya kepada penama­-penama. Pemegang amanah hendaklah bertindak bagi kepentingan penama pada setiap masa.


Menukar penamaan

Anda boleh meminda penamaan dengan menulis kepada syarikat insurans hayat anda. Penamaan yang terakhir akan menggantikan semua penamaan yang terdahulu. Penamaan akan dianggap batal apabila penama atau semua penama (jika lebih daripada seorang penama) meninggal dunia pada masa pemegang polisi masih hidup. Walau bagaimanapun, dalam kes polisi amanah, penamaan tidak boleh dibatalkan tanpa mendapat persetujuan bertulis daripada pemegang amanah.


Apakah akan terjadi jika tiada penamaan?

Jika tiada penamaan dibuat, syarikat insurans akan membayar wang polisi kepada pemohon yang mengemukakan Perintah Probet atau Surat Kuasa Mentadbir atau Perintah Pembahagian.

Walau bagaimanapun, syarikat insurans, atas budi bicaranya sendiri, boleh membuat bayaran kepada pihak yang menuntut tanpa memerlukan Perintah Probet bagi keadaan-keadaan berikut:­

  • Jika pihak menuntut adalah suami / isteri, anak atau ibu bapa pemegang polisi, syarikat insurans boleh membayar kepada suami atau isteri, anak atau ibu bapa pemegang polisi mengikut aturan keutamaannya. Jika terdapat lebih daripada seorang dalam mana-­mana kategori tersebut di atas, maka semua individu dalam kategori itu akan dibayar bahagian yang sama rata.
  • Jika tiada suami / isteri, anak atau ibu bapa dan wang polisi tidak melebihi RM100.000, maka syarikat insurans boleh membayar wang polisi kepada seseorang yang syarikat insurans berpuas hati bahawa orang tersebut berhak dan berkemungkinan diberikan Perintah Probet atau Surat Kuasa Mentadbir atau kepada seseorang yang syarikat insurans berpuas hati yang orang itu berhak secara benefisial kepada harta pusaka pemegang polisi yang meninggal dunia.
  • Jika tiada suami atau isteri, anak atau ibu bapa dan wang polisi melebihi RM100,000:­
Ø  Syarikat insurans boleh membayar RM100,000 yang pertama kepada seseorang seperti yang dinyatakan dalam perenggan di atas. Baki wang polisi akan dibayar kepada orang yang sama apabila orang itu mengemukakan Perintah Probet atau Surat Kuasa Mentadbir atau Perintah Pembahagian.

Ø  Walau bagaimanapun, setelah tamat tempoh 12 bulan selepas bayaran RM100.000 pertama dibuat dan tiada tuntutan untuk baki wang polisi oleh sesiapa yang memegang Perintah Probet atau Surat Kuasa Mentadbir atau Perintah Pembahagian, syarikat insurans akan membayar baki tersebut kepada orang yang telah menerima pembayaran pertama.

Jika tidak ada penamaan yang dibuat, orang yang menerima wang polisi hanya sebagai wasi dan ia hendaklah mengagihkannya mengikut wasiat si mati. Jika tiada wasiat, wang polisi tersebut akan diagihkan mengikut undang-undang pembahagian yang berkaitan.



*Artikel ini dipetik dari Akhbar Berita Harian 18 MEI 2015



Read more →

Wednesday, May 20, 2015

5 SEBAB UTAMA KENAPA ANDA PERLU AMBIL INSURANS / TAKAFUL

,

10 tahun dulu dengar sahaja perkataan insurans rata-rata masyarakat akan lari dan tidak mengambil endah tentang perihal insurans. Kebanyakannya menganggap insurans hanya menipu, membazir, menyusahkan dan mengarut. Tapi di zaman sekarang kesedaran dalam masyarakat semakin meningkat. Sekarang bukan ejen cari client tapi client cari ejen!

Pada saya insurans / takaful merupakan ‘jaminan kehidupan’ kerana ianya menjamin hidup anda dan keluarga apabila berlaku kematian dan segala yang telah diinsuranskan.

Tapi berapa ramai yang mempunyai kesedaran seperti ini? Kebanyakan mereka yang berumur 20-an tidak mempunyai kesedaran tentang kepentingan insurans / takaful kerana (1) Kurang pendedahan dan penerangan dari ejen. (2) Mereka hanya nampak pembaziran kerana bayaran bulanan yang mahal. (3) Tiada perancangan yang jelas dalam kehidupan.

Berikut merupakan 5 sebab utama mengapa anda perlu ada insurans / takaful:

SEBAB 1
Adakah anda mempunyai hutang bank, hutang courts mammoth, bil elektrik, bil air dan segala macam bil? Agak-agak jika berlaku kematian siapa yang nak bayar semua tu? Isteri? Ibu bapa? Anak? Harus diingat mati itu pasti cuma tak tahu bila.

SEBAB 2
Anda sihat, muda dan tiada kecacatan?Inilah masa yang sesuai untuk anda mengambil insurans / takaful kerana bayaran bulanannya adalah rendah dan sama tiap-tiap bulan sehingga anda berumur 80 tahun. Jadi jika anda menghidapi sebarang penyakit pada umur 50, anda tidak perlu risau berkenaan kewangan kerana polisi yang telah diambil pada waktu sihat dulu dapat melindungi anda. Insurans / takaful tidak akan melindungi orang yang telah sakit jadi rancanglah sewaktu anda muda dan sihat.

SEBAB 3
Anda telah berkahwin? Jika ya anda perlu mangambil insurans / takaful supaya pasangan anda tidak terbeban jika anda ditimpa musibah. Bayangkan satu hari nanti anda membawa kereta dan terlibat dengan kemalangan seperti berita Pajero dan Myvi baru-baru ini. Apa akan terjadi pada anak-anak anda?Jika isteri anda masih hidup siapakah yang akan menanggung perbelanjaan?Sudah tentu isteri dan anak-anak yang menjadi mangsa.

SEBAB 4
Kebanyakan isteri mahu meninggalkan harta kepada anak-anak sebab suami akan kahwin lain kalau isteri dah tiada (berdasarkan jawapan lebih dari 10 orang). Jadi bagaimana anda mahu menurunkan harta pada anak-anak? Dengan mengambil insurans / takaful anda boleh mewasiatkan sejumlah wang kepada sesiapa sahaja yang anda mahu termasuklah anak.

SEBAB 5
Ketenangan jiwa…. Anda akan berasa tenang jika telah mengambil insurans / takaful kerana anda tidak perlu lagi risau tentang hal kewangan jika ditimpa musibah.


Jika anda mampu untuk memiliki rumah yang besar dan kereta yang mewah, mengapa tidak boleh laburkan 10% dari gaji untuk mengambil insurans / takaful????
Read more →

Friday, May 15, 2015

Permohonan Baru PruBSN Meningkat 26.4 Peratus Kepada RM340.1 Juta Pada Tahun Kewangan 2014

,
AKHBAR NEW STRAITS TIMES - 7 MAY 2015

KUALA LUMPUR: - Prudential BSN Takaful Bhd (PruBSN) Permohonan Baru Setaraf Sumbangan Tahunan (ACE) meningkat 26.4 peratus kepada RM340.1 juta pada tahun kewangan 2014 daripada RM269.2 juta pada tahun sebelumnya.

Ini meningkatkan bahagian pasaran syarikat sebanyak 33.1 peratus daripada 27.1 peratus pada tahun 2013 dan menyumbang kepada prestasi kukuh dan konsisten di seluruh platform multi-saluran mereka.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Azim Mithani berkata PruBSN telah mara dari infrastruktur pembayaran digital sepenuhnya berasaskan kertas dalam tempoh lapan tahun beroperasi.

"Teknologi berkembang semakin pesat dan kami berazam untuk memanfaatkan keupayaan yang lebih teguh untuk kepentingan semua pelanggan," katanya.

Tahun lepas, PruBSN telah membayar RM234.8 juta dalam tuntutan yang berkaitan dengan kematian, hilang upaya kekal, penyakit kritikal, kemalangan dan kesihatan. - BERNAMA

Sumber: http://www.nst.com.my/node/83492
Read more →

Sunday, May 3, 2015

Medical Card Prudential BSN Takaful - Health Enrich

,


Pelbagai syarikat insurans dan takaful yang menyediakan medical card / kad perubatan berada di pasaran dan kita sebagai pengguna haruslah bijak dalam memilih. Bagaimana kita dapat menentukan syarikat mana yang menyediakan medical card yang terbaik???


TIPS UNTUK MEMILIH MEDICAL CARD / KAD PERUBATAN

1.    Cuba anda hubungi mana-mana hospital swasta dan tanyakan medical card yang mana yang mudah untuk diproses dan tiada masalah dari segi claim?. Anda akan mendapat jawapan yang lebih tepat dan adil kerana jika anda tanya saya sudah semestinya saya akan cakap Prudential medical card dan jika tanya kepada agent lain mereka juga akan mengatakan syarikat mereka yang terbaik. Jadi untuk lebih tepat anda hubungi sendiri hospital swasta kerana merekalah yang akan berurusan dengan medical card anda.

2.    Pastikan medical card boleh digunakan secara long-term. Ada sesetengah medical card yang mempunyai bayaran bulanan yang murah tetapi akan meningkat bayarannya kerana perlu renew kontrak setiap tahun. Ini adalah antara medical card jenis short-term. (hubungi saya untuk keterangan lanjut)

3.   Pastikan medical card kita adalah first-party dan bukan third-party. Medical card third party boleh mengundang masalah di kemudian hari kerana syarikat yang mengeluarkan medical card bukan syarikat yang menanggung risiko. Sebagai contoh, terdapat Persatuan Guru-Guru yang mengeluarkan medical card kepada ahlinya. Persatuan Guru-Guru ini tidak mempunyai syarikat takaful sendiri tetapi mereka mengambil medical card dengan syarikat insurans lain untuk ahli mereka. Jika ahli mereka menghadapi masalah claim dan merujuk kepada Persatuan, Persatuan pula akan merujuk kepada syarikat insurans. Nampak tak disini? Proses untuk menyelesaikan sesuatu masalah akan jadi lambat kerana ada pihak ketiga. (boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut)

4. Pilih medical card yang mempunyai manfaat simpanan / pelaburan supaya kita boleh memperoleh pulangan bila perlu.



MEDICAL CARD HEALTH ENRICH DARI PRUDENTIAL BSN TAKAFUL





Medical Card Health Enrich merupakan satu-satunya pelan yang cukup lengkap mengikut kemampuan dan bajet seseorang. Ianya terdiri dari 4 pelan iaitu Health Enrich Vital, Health Enrich Select, Health Enrich Advanced dan Health Enrich Premier.



HealthEnrich Vital – Medical card untuk mereka yang mempunyai bajet yang sangat terhad. Pelan ini memberi perlindungan sehingga RM300,000 sehingga usia 25, 70 atau 80 tahun.

HealthEnrich Select – Medical card bagi mereka yang berkeluarga dan mempunyai perlindungan terbaik. Manfaat baharu dalam pelan ini ialah perlindungan komplikasi kehamilan. Jumlah had tahunan juga adalah sehingga RM60,000 dan seumur hidup ialah RM600,000. Pelan ini tidak mempunyai ko-takaful. Saya banyak mengesyorkan client saya untuk mengambil pelan Health Enrich Select kerana ia mempunyai kelebihan dari segi bajet yang rendah dan perlindungan yang terbaik.



HealthEnrich Advance – Medical card ini untuk mereka yang mempunyai bajet yang tinggi. Pelan ini melindungi anda sehingga RM1,000,000.


HealthEnrich Premier – Medical card ini bagi mereka yang mahukan kemewahan. Pelbagai manfaat ditambah dan dipertingkatkan sebagai contoh perlindungan penjagaan jururawat di rumah seumur hidup dan elaun tunai hospital seumur hidup. Had tahunan juga adalah sebanyak RM200,000 dan seumur hidup RM4,000,000.


Medical Card Health Enrich merupakan medical card pertama di Malaysia yang menyediakan perlindungan bagi komplikasi-komplikasi kehamilan. Klik di sini untuk melihat senarai komplikasi kehamilan yang dilindungi.



BERAPAKAH BAYARAN BULANAN???

Bayaran bulanan adalah berbeza mengikut umur, pekerjaan dan status merokok. Berikut saya menyediakan beberapa contoh quotation:

Contoh 1

Anak: Umur 1 tahun
Bayaran bulanan RM120 (RM100 + simpanan RM20)

Manfaat diperoleh:
1. Manfaat kematian / lumpuh kekal keseluruhan – RM25,000
2. Manfaat Medical Card Health Enrich Select Perlindungan Penuh
3. Simpanan RM20 sebulan
4. Contributor (bayaran bulanan akan menjadi percuma sekiranya pembayar iaitu ibu bapa kematian, menghidap 36 sakit kritikal atau lumpuh kekal keseluruhan)

Pada tahun ke-24 jumlah simpanan adalah sebanyak RM30,771. Pada masa ini anda boleh mengeluarkan kesemua duit ini dan ianya boleh digunakan untuk anak anda menyambung pelajaran. Say No To PTPTN! Mana lebih berbaloi? Simpan RM20 bulan-bulan dalam Tabung Haji atau dalam Takaful??



Contoh 2

Dewasa: Lelaki Umur 27 tahun
Perokok: Ya
Bayaran Bulanan RM140 (Tiada Simpanan)

Manfaat Diperoleh:
1. Manfaat kematian / lumpuh kekal keseluruhan – RM30,900
2. Manfaat Medical Card Health Enrich Select Perlindungan Penuh
3. Contributor (bayaran bulanan akan menjadi percuma sekiranya pembayar menghidap 36 sakit kritikal atau lumpuh kekal keseluruhan)

Pada tahun ke-30 iaitu umur 37 tahun jumlah simpanan adalah sebanyak RM31,885. Nilai ini sedikit berbanding contoh 1 kerana tiada simpanan bulanan. Walaupun tiada simpanan akaun takaful kita tetap akan mempunyai pulangan tetapi sedikit.



Contoh 3

Dewasa: Lelaki Umur 35 tahun
Perokok: Ya
Bayaran Bulanan RM165 (Tiada Simpanan)

Manfaat Diperoleh:
1. Manfaat kematian / lumpuh kekal keseluruhan – RM30,700
2. Manfaat Medical Card Health Enrich Select Perlindungan Penuh
3. Contributor (bayaran bulanan akan menjadi percuma sekiranya pembayar menghidap 36 sakit kritikal atau lumpuh kekal keseluruhan)

Pada tahun ke-30 iaitu umur 64 tahun jumlah simpanan adalah sebanyak RM11,711.



Contoh 4

Dewasa: Perempuan Umur 28 tahun
Perokok: Tidak
Bayaran Bulanan RM200 (RM140 + simpanan RM60)

Manfaat Diperoleh:
1. Manfaat kematian / lumpuh kekal keseluruhan – RM25,000
2. Manfaat Medical Card Health Enrich Select Perlindungan Penuh
3. Contributor (bayaran bulanan akan menjadi percuma sekiranya pembayar menghidap 36 sakit kritikal atau lumpuh kekal keseluruhan)


Pada tahun ke-30 iaitu umur 57 tahun jumlah simpanan adalah sebanyak RM76,923. Mana lebih berbaloi? Simpan RM60 bulan-bulan di ASB atau di takaful?


Untuk mendapatkan quotation yang tepat bagi diri anda sila isikan form disini:
http://www.aizattakaful.com/p/quotation-percuma.html
ATAU Boleh terus menghubungi kami:


PENTING
Tempoh menunggu bagi medical card adalah selama 4 bulan sebelum ianya  diaktifkan. Jadi rancanglah dari sekarang kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku di masa akan datang.

Read more →