Tuesday, March 17, 2015

5 Tips Dalam Memilih Medikal Kad Terbaik

,
Kenalpasti Risiko Kita Sendiri    
Untuk memilih medical card kita tidak perlu untuk mengikut secara bulat-bulat apa yang ejen propose. Tapi kita perlulah bijak memilih berdasarkan risiko sebenar yang akan ditanggung. Sesetengah ejen hanya propose pelan mengikut standard syarikat dan tidak mengambil kira keperluan pelanggan/client. Segelintir ejen hanya nak close sales jer sebab itu merupakan pendapatan mereka tanpa mengira sama ada pelan itu sesuai atau tidak dengan pelanggan. Ejen seperti ini akan meletakkan bayaran premium/bulanan setinggi yang boleh kerana semakin tinggi premium semakin tinggi komisen yang mereka dapat. Jadi kita perlulah bijak dalam memilih ejen dan produk yang bersesuaian dengan diri sendiri. Jangan diikutkan 100% kata-kata ejen kerana kita yang bayar bulan-bulan nanti bukannya ejen.
Untuk pilih medical card ini adalah beberapa faktor yang perlu diambil kira:

#1 – Harga Wad Sesuai Dengan Tempat
Harga wad yang kita pilih perlulah berketepatan denga harga wad hospital di kawasan yang kita tinggal. Jika kita mengambil harga wad yang murah kita cuma boleh masuk hospital yang murah-murah dan kualiti perubatan yang tidak seberapa. Contoh, jika anda mengambil harga wad RM100 dan anda dimasukkan ke wad yang dicaj RM150 sehari, anda perlu membayar sendiri lebihan RM50 sehari. Jika 10 hari total RM500 anda perlu bayar!
Bagi kawasan Kuantan harga wad RM150-200 memadai. Harga wad di Kuantan Medical Centre (KMC) ialah:
RM100 – 2 katil
RM150 – 1 katil
RM210 – Deluxe
RM295 – VIP
RM365 – Executive Suite
(Harga pada waktu artikel ini ditulis)
Tapi perlu ke kita mengambil harga wad sampai 2-3 ratus ni?? Lihat point seterusnya.


#2 – Harga Wad Berkadaran Dengan Inflasi
Pada pendapat saya jika kita mengambil harga wad single / 1 katil ianya bukanlah soal kemewahan tetapi kita mahu medical card kita dapat bertahan lama. Sebagai contoh, jika kita mengambil harga wad RM100 sekarang, 20 tahun akan datang agaknya ada tak hospital yang menawarkan harga bilik RM100? Jika ada pun mungkin keselesaannya kurang berbanding bilik yang berharga RM100 di zaman sekarang.
Bayangkan sekarang jika anda mengambil harga wad RM100  dan 10 tahun akan datang anda dimasukkan ke hospital yang menawarkan bilik paling murah RM150. Anda perlu menambah duit sendiri sebanyak RM50 sehari! Itupun kalau bilik paling murah RM150, kalau bilik paling murah RM200???

#3 – Had Tahunan Yang Cukup
Had tahunan merupakan had banyak mana kita boleh guna dalam setahun. Kalau medical card kita had tahunan RM20,000 bermakna kita hanya boleh guna tidak melebihi RM20,000 dalam setahun dan jika keadaan memaksa dan nak guna lebih terpaksalah kita bayar pakai duit sendiri. Contoh kalau kita dimasukkan ke hospital untuk pembedahan dan memerlukan kos sebanyak RM25,000, medical card kita akan cover RM20,000 sahaja dan lagi RM5000 kena guna duit sendiri.
Jadi pilihlah medical card yang mempunyai had tahunan yang munasabah dengan keadaan semasa. Jika sekarang kita mengambil had tahunan sebanyak RM30,000 adakah 10 tahun atau 20 tahun lagi RM30,000 tu cukup untuk cover kos perubatan kita??.  Kami sekeluarga mengambil had tahunan sebanyak RM100,000 supaya 10 – 20 tahun akan datang medikal kad saya ni masih lagi relevan dan boleh cover sebahagian besar kos perubatan masa tu, insyaAllah. Jika had tahunan tinggi sudah semestinya premium bulanan pun tinggi. Tapi harus diingat nilai yang kita bayar sekarang 20 tahun akan datang akan rasa kecil.


#4 – Had Seumur Hidup Yang Besar
Had seumur hidup adalah satu perkara yang perlu diambil kira dalam memilih medikal kad. Kalau had tahunan RM50,000 tapi had seumur hidup RM100,000, seumpama kita hanya boleh menggunakan medikal kad tersebut selama 2 tahun sahaja jika kita ditimpa bencana.
Kebanyakan ejen hanya menyatakan nilai yang besar-besar jer untuk mengaburi pelanggan. Contoh, ejen cakap medikal kad ni cover sampai RM600,000, walhal yang ejen tu cakap had seumur hidup sedangkan had tahunan cuma RM50,000 sahaja. Jadi sebagai pelanggan kita perlu menilai sendiri apa yang kita inginkan bukan apa yang ejen inginkan.

#5 – Harga Premium/Bulanan Paling Sesuai
Setelah kita meneliti aspek-aspek di atas barulah kita consider bayaran bulanan yang kita mampu dan berpatutan. Ramai orang yang mengambil takaful hanya mengambil kira bayaran bulanan yang dia mampu bayar tanpa mengetahui polisi yang dia ambil tu cukup atau tidak.
Pernah saya berjumpa ejen yang menyatakan pakej A bulanan RM200, pakej B bulanan RM150, pakej C bla bla bla……Pelanggan yang tidak tahu apa-apa hanya memilih pakej mengikut bayaran bulanan yang paling murah tanpa mengetahui isi polisi takaful tersebut. Seharusnya ejen perlu menerangkan produk/polisi dan membimbing pelanggan untuk mengambil polisi insurans yang sesuai berdasarkan risiko dan kemampuan pelanggan tersebut. Sebab itulah ejen takaful dipanggil sebagai ‘perunding kewangan’.


0 comments to “5 Tips Dalam Memilih Medikal Kad Terbaik”

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...