Sunday, April 19, 2015

22 Perkara Yang Tidak Dilindungi Bagi Kad Perubatan Health Enrich

,

Berikut merupakan 22 perkara yang tidak boleh di ‘cover’ (pengecualian) bagi pemegang kad medikal Health Enrich:

1) Penyakit sedia ada jika penyakit tersebut tidak dinyatakan di dalam borang cadangan atau apa jua borang lain yang berkaitan dengan keadaan kesihatan anda selepas sijil ini berkuatkuasa.

2) Penyakit spesifik yang berlaku semasa seratus dua puluh (120) hari yang pertama Tempoh Menunggu. 

3) Apa-apa keadaan perubatan atau fizikal yang berlaku dalam Tempoh Menunggu tiga puluh (30) hari yang pertama dari Tarikh Sijil, tarikh penguatkuasaan semula atau tarikh endorsan bagi Orang yang Dilindungi, yang mana terkemudian, kecuali untuk kecederaan akibat kemalangan. 

4) Sebarang gigitan serangga termasuk gigitan nyamuk dan kecacingan semasa Tempoh Menunggu tiga puluh (30) hari yang pertama clari Tarikh Sijil, tarikh penguatkuasaan semula atau tarikh endorsan bagi Orang yang Dilindungi, yang mana terkemudian.

5) Pembedahan plastik/kosmetik, khatan, pemeriksaan mata, cermin mata, lensa dan pembetulan penglihatan dekat dan/atau jauh melalui pembiasan atau pembedahan (Keratotomi radial atau Lasik) dan penggunaan atau pemerolehan perkakas atau alat prostetik luaran atau peranti perubatan tidak terhad kepada anggota tiruan, semua bentuk pendengaran bantuan koklea radas, perentak luaran atau diimplan, automatik debibrillator kardioverter diimplan dan preskripsinya.

6) Penyakit pergigian termasuk rawatan pergigian atau pembedahan oral kecuali diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan pada gigi asli yang sihat (gigi patah yang disebabkan oleh mengunyah objek yang keras tidak dikira sebagai kecederaan akibat kemalangan) yang berlaku sepenuhnya dalam Tempoh Takaful. Perbelanjaan yang timbul dan pemakaian gigi palsu, rawatan kanal akar, perkhidmatan prostetik seperti titian, pendakap, implan dan korona atau penggantiannya tidak akan dibayar.

7) Pembedahan penerangan atau eksperimen atau sebarang prosedur elektif lain selain daripada disebabkan oleh kecederaan akibat kemalangan, pembedahan atau penyakit.

8) Penjagaan peribadi (dengan pengecualian bagi manfaat yang disediakan di bawah Penjagaan oleh Jururawat Di Rumah dan Pembantu Perubatan Khas Harian di bawah HealthEnrich, jika berkenaan) rehat pulih atau jagaan kebersihan, dadah yang tidak dibenarkan, intoksikasi (termasuk tetapi tidak terhad kepada alkohol dan dadah), pensterilan, penyakit venereal dan sekuelanya, Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) atau Kompleks Berkaitan AIDS (ARC) atau kehadiran sebarang jangkitan Virus Human Immunodeficiency (HIV) dan penyakit berkaitan HIV, semua penyakit kelamin, dan apa-apa penyakit berjangkit yang memerlukan kuarantin oleh undang-undang.

9) Apa-apa rawatan atau pembedahan dijalankan untuk Keadaan Sejak Lahir termasuk penyakit keturunan.

10) Rawatan atau prosedur yang berkaitan dengan mengandung atau bersalin dan komplikasi, kehamilan, sekarang dan sebelumnya (dan komplikasi berkaitan), melahirkan anak (termasuk kelahiran secara pembedahan dan apa juga pembedahan atau prosedur bukan pembedahan ke atas sistem peranakan wanita ketika pembedahan untuk kelahiran), keguguran, menggugurkan kandungan (termasuk sebarang pengguguran yang dijalankan kerana sebab psikologi atau sosial, dan sebarang kesan dan mana-mana prosedur ini) dan jagaan serta pembedahan pranatal atau postnatum, kaedah kawalan kelahiran kontraseptif mekanikal atau kimia, rawatan berkaitan ketaksuburan termasuk disfungsi erektil dan ujian atau rawatan berkaitan impoten atau pensterilan (dengan pengecualian bagi manfaat yang disediakan di bawah Komplikasi Kehamilan di bawah HealthEnrich, jika berkenaan).

11) Pemeriksaan perubatan rutin atau rundingan, kemasukan ke Hospital terutamanya untuk tujuan siasatan, diagnosis, pemeriksaan sinar-X, pemeriksaan fizikal atau perubatan am, tidak berkaitan dengan rawatan atau diagnosis sesuatu Hilang Upaya yang dilindungi atau apa-apa rawatan yang dianggap tidak perlu dari segi perubatan dan apa-apa rawatan pencegahan, ubat atau pemeriksaan pencegahan yang dijalankan oleh seorang Pakar Perubatan, dan rawatan-rawatan khusus untuk mengurangkan atau menaikkan berat badan.

12) Bunuh diri, percubaan membunuh diri atau kecederaan diri sendiri yang disengajakan ketika siuman atau tidak siuman.

13) Sebarang kecederaan atau penyakit yang disebabkan oleh peperangan atau sebarang tindakan peperangan, serangan, perbuatan permusuhan musuh asing (sama ada peperangan diisytiharkan atau tidak), perang saudara, pemberontakan, revolusi, ketenteraan atau rampasan kuasa, aktiviti jenayah atau pengganas, bergiat aktif dalam mana-mana angkatan bersenjata, pelanggaran mana-mana, atau cubaan melanggar undang-undang atau untuk menentang penangkapan, penyertaan secara langsung dalam rusuhan, mogok dan kekecohan awam atau penderhakaan tentera. 

14) Radiasi pengionan atau pencemaran oleh radioaktiviti daripada mana-mana bahan api nuklear atau sisa nuklear daripada proses pembelahan nuklear atau daripada apa-apa bahan senjata nuklear. 

15) Belanja yang ditanggung untuk menderma mana-mana organ tubuh oleh Orang yang Dilindungi dan kos pemerolehan organ termasuk semua kos yang ditanggung oleh penderma ketika pemindahan organ dan komplikasinya. 

16) Siasatan dan rawatan gangguan tidur dan dengkur, rawatan untuk perpeluhan yang berlebihan, terapi penggantian hormon, terapi sel induk (selain daripada untuk gangguan darah hemopoietik), terapi oksigen hiperbarik, perundingan dan rawatan jururawat dan terapi pilihan seperti rawatan, khidmat atau bekalan perubatan, termasuk tetapi tidak terhad kepada khidmat kiropraktik, akupunktur, akutekanan, refleksologi, pengikatan tulang, rawatan pakar herba, urut atau terapi aroma atau rawatan pilihan yang lain. 

17) Jagaan atau rawatan perubatan yang mana bayaran tidak diperlukan atau setakat yang dibayar oleh mana-mana Pengendali Takaful lain atau tanggung rugi yang melindungi Orang yang Dilindungi dan Hilang Upaya yang diakibatkan oleh tugas-tugas dalam pekerjaan atau kerjaya yang dilindungi di bawah Kontrak Takaful Pampasan Pekerja. 

18) Psikiatrik, gangguan mental atau saraf dan keadaan yang disebabkan oleh penyakit nyanyuk (termasuk a pa-apa neurosis dan manifestasi fisiologi atau psikosomatiknya). 

19) Kos/perbelanjaan bagi khidmat yang bersifat bukan perubatan, seperti televisyen, telefon, khidmat teleks, perkhidmatan jalur lebar, bil elektrik, radio atau kemudahan yang serupa, kit/pek kemasukan dan barang bukan-perubatan lain yang tidak layak (dengan pengecualian bagi manfaat yang disediakan di bawah Pelan HealthEnrich Premier). 

20) Sakit atau kecederaan yang timbul daripada apa-apa jenis perlumbaan (kecuali perlumbaan jalan kaki), sukan berbahaya seperti tetapi tidak terhad kepada selam skuba, terjun bungee, meluncur-gantung, belon panas, penerjunan, terjun udara, luncur air, aktiviti dalam air yang memerlukan alat pernafasan, sukan musim sejuk, sukan profesional dan aktiviti-aktiviti yang melanggar undang-undang, penerbangan udara selain daripada sebagai anak kapal atau sebagai penumpang yang membayar tambang, atau berlesen membawa penumpang-operasi pesawat komersil pada laluan berjadual tetap, melainkan kami bersetuju berbeza dalam pengendorsan khas. 

21) Perbelanjaan yang ditanggung untuk menukar seks atau tranformasi jantina. 

22) Caj-caj yang tidak Berpatutan dan Biasa Diamalkan, atau apa-apa pembedahan atau rawatan yang tidak Perlu Dari Segi Perubatan, atau caj-caj yang melebihi Caj yang Berpatutan dan Biasa Diamalkan, atau caj-caj yang ditanggung kerana Dimasukkan ke Hospital, pra-Kemasukan ke Hospital dan/atau selepas Kemasukan ke Hospital selepas Tarikh Tamat Tempoh. 

Untuk mendapatkan kepastian mengenai penyakit anda dilindungi atau tidak anda boleh menghubungi ejen anda atau secara terus kepada Prudential BSN Takaful Berhad.


0 comments to “22 Perkara Yang Tidak Dilindungi Bagi Kad Perubatan Health Enrich”

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...