Tuesday, April 7, 2015

Cara Mengurangkan Pembayaran Cukai Pendapatan

,
Sebagai seorang pembayar cukai, anda perlu mengambil tahu tentang beberapa kaedah untuk mengurangkan pembayaran cukai pendapatan. Kaedah yang diterangkan ini bukanlah salah disisi undang-undang tetapi ianya satu kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan Malaysia bagi mengurangkan bayaran cukai pendapatan. Kebanyakan daripada kita masih lagi tidak mengetahui tentang adanya kaedah ini dengan teliti.

Antara cara utama yang digunakan untuk mengurangkan cukai pendapatan ialah:

1. Zakat
-  Jika anda beragama Islam, membayar zakat membolehkan anda mendapat potongan cukai pendapatan. Pengurangan cukai mengikut jumlah zakat yang dibayar.

2. Pendidikan Anak
- Bermula dari tahun 2007, wang yang didepositkan ke dalam akaun simpanan anak anda di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) membolehkan anda mendapat potongan cukai pendapatan. Potongan maksimum sehingga RM3000.

3. Bantuan Kebajikan
- Sumbangan kebajikan kepada organisasi yang diluluskan oleh LHDN seperti MAKNA dan MERCY membolehkan anda mendapat pelepasan cukai. Bermula tahun 2008, amaun pelepasan cukai tidak boleh melebihi 7% dari jumlah pendapatan tahunan.

4. Pembelian Buku, Majalah, Jurnal
- Pembayar cukai boleh mendapat pelepasan cukai melalui pembelian buku, majalah, jurnal dan bahan bacaan yang lain. Pelepasan cukai adalah sehingga RM1000.

5. Melanjutkan Pelajaran Post Graduate
- Pelepasan cukai sehingga RM5000 jika melanjutkan pelajaran dalam apa-apa kursus di peringkat Master dan kedoktoran. Kursus tidak semestinya dilakukan secara ‘full time’ tetapi ianya mestilah di dalam institusi yang diiktiraf oleh kerajaan atau Kementerian Kewangan.

6. Pembelian Barangan Sukan
- Pelepasan cukai maksimum RM300 bagi pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan yang telah dinyatakan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997.

7. Insurans Hayat / Takaful Keluarga
- Pelepasan cukai maksimum RM6000 setahun bagi premium insurans yang dibayar(dikongsi dengan caruman EPF)

8. Bayaran Perubatan Untuk Ibu Bapa
- Pelepasan cukai sebanyak RM5000 bagi kos rawatan ibu bapa.

9. Pembelian Komputer
- Pelepasan cukai RM3000(3 tahun sekali) dengan pembelian komputer, pencetak dan perisian.

10. Full Medical Check up
- Pelepasan maksimum RM500 bagi full medical checkup dan RM5000 untuk penyakit kritikal serta peralatan bantuan asas kecacatan.



Cara di atas merupakan panduan asas bagi pelepasan cukai pendapatan. Anda dinasihatkan merujuk LHDN untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci. Daripada 10 cara pelepasan cukai di atas, kita boleh bersedia dengan menyimpan resit-resit pembelian bagi perkara berkaitan.

Untuk keterangan lanjut mengenai produk takaful anda boleh menghubungi saya di 012-3332349(Aizat). Temujanji sekitar Kuantan dan Lembah Klang.


0 comments to “Cara Mengurangkan Pembayaran Cukai Pendapatan”

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...