Wednesday, May 20, 2015

5 SEBAB UTAMA KENAPA ANDA PERLU AMBIL INSURANS / TAKAFUL

,

10 tahun dulu dengar sahaja perkataan insurans rata-rata masyarakat akan lari dan tidak mengambil endah tentang perihal insurans. Kebanyakannya menganggap insurans hanya menipu, membazir, menyusahkan dan mengarut. Tapi di zaman sekarang kesedaran dalam masyarakat semakin meningkat. Sekarang bukan ejen cari client tapi client cari ejen!

Pada saya insurans / takaful merupakan ‘jaminan kehidupan’ kerana ianya menjamin hidup anda dan keluarga apabila berlaku kematian dan segala yang telah diinsuranskan.

Tapi berapa ramai yang mempunyai kesedaran seperti ini? Kebanyakan mereka yang berumur 20-an tidak mempunyai kesedaran tentang kepentingan insurans / takaful kerana (1) Kurang pendedahan dan penerangan dari ejen. (2) Mereka hanya nampak pembaziran kerana bayaran bulanan yang mahal. (3) Tiada perancangan yang jelas dalam kehidupan.

Berikut merupakan 5 sebab utama mengapa anda perlu ada insurans / takaful:

SEBAB 1
Adakah anda mempunyai hutang bank, hutang courts mammoth, bil elektrik, bil air dan segala macam bil? Agak-agak jika berlaku kematian siapa yang nak bayar semua tu? Isteri? Ibu bapa? Anak? Harus diingat mati itu pasti cuma tak tahu bila.

SEBAB 2
Anda sihat, muda dan tiada kecacatan?Inilah masa yang sesuai untuk anda mengambil insurans / takaful kerana bayaran bulanannya adalah rendah dan sama tiap-tiap bulan sehingga anda berumur 80 tahun. Jadi jika anda menghidapi sebarang penyakit pada umur 50, anda tidak perlu risau berkenaan kewangan kerana polisi yang telah diambil pada waktu sihat dulu dapat melindungi anda. Insurans / takaful tidak akan melindungi orang yang telah sakit jadi rancanglah sewaktu anda muda dan sihat.

SEBAB 3
Anda telah berkahwin? Jika ya anda perlu mangambil insurans / takaful supaya pasangan anda tidak terbeban jika anda ditimpa musibah. Bayangkan satu hari nanti anda membawa kereta dan terlibat dengan kemalangan seperti berita Pajero dan Myvi baru-baru ini. Apa akan terjadi pada anak-anak anda?Jika isteri anda masih hidup siapakah yang akan menanggung perbelanjaan?Sudah tentu isteri dan anak-anak yang menjadi mangsa.

SEBAB 4
Kebanyakan isteri mahu meninggalkan harta kepada anak-anak sebab suami akan kahwin lain kalau isteri dah tiada (berdasarkan jawapan lebih dari 10 orang). Jadi bagaimana anda mahu menurunkan harta pada anak-anak? Dengan mengambil insurans / takaful anda boleh mewasiatkan sejumlah wang kepada sesiapa sahaja yang anda mahu termasuklah anak.

SEBAB 5
Ketenangan jiwa…. Anda akan berasa tenang jika telah mengambil insurans / takaful kerana anda tidak perlu lagi risau tentang hal kewangan jika ditimpa musibah.


Jika anda mampu untuk memiliki rumah yang besar dan kereta yang mewah, mengapa tidak boleh laburkan 10% dari gaji untuk mengambil insurans / takaful????

11 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...